Monday, September 21, 2015

2.0 Perlembangaan Malaysia dan Sistem Pemerintahan Negara

1)LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA


Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era kolonial lagi . Struktur pentadbiran sebuah kerajaan Melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Tun Sri Lanang dalam karyanya ialah SULALATUS SALATIN menggambarkan tentang tiga unsur teras berdasarkan pentadbiran kerajaan Melaka, iaitu Raja/Sultan, para pembesar dan rakyat.Malahan tiga unsur inilah menjadi piagam politik bukan sahaja pada zaman kerajaan Melayu Melaka, malahan kerajaan Melayu selepasnya.

            Setelah kedatangan British, telah berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila british mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri melayu dan telah memperkenalkan bentuk pentadbiran yang baharu di Tanah Melayu.

            Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan struktur pentadbiran baharu yang diterima pakai sebagai Sistem Pengasingan Kuasa. Melalui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang(parlimen) bertindak menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak melibatkan diri dalam bidang kehakiman yang telah dijalankan oleh badan kehakiman dan juga bidang kuasa pentadbiran.




a)PENGERTIAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Sistem pemerintahan sesebuah negara mempunyai kaitan yang erat dalam menentukan bentuk dan perlaksanaan hak politik terhadap rakyatnya. Bagi menjelaskan peruntukan hak politik bukan islam dalam Perlembagaan Persekutuan, Penulis akan mendatangkan beberapa unsur dah prinsip sistem pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana perlaksanaan hak politik dalam sebuah kerajaan biasanya terlandaskan kepada prinsip pemerintahan sesebuah negara. Bagi mendapat penjelasan yang lebih 
terperinci.




2)Pengasingan Kuasa Pemerintahan Negara




Sebahagain daripada badan pentadbiran juga terlibat dalam kuasa menggubal undang-undang. Dalam bidang kehakiman pula, Perdana Menteri (selaku ketua badan pentadbiran) bertanggungjawab memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong (YPDA) mengenai calon yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara.

Perdana Menteri Yang juga sebahagian Ahli Dewan Rakyat bertanggungjawab membentuk undang undang bersama menteri-menteri yang lain. Berbanding di Amerika Syarikat, pengasingan kuasa secara teori dijalankan sepenuhnya kerana perlembagaan negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-undang (Kongres) tidak boleh menjalankan pemerintahan dan tidak mempunyai kuasa kehakiman.

a)KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA


MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Raja-raja badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya. Dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat orang gabenor atau Yang Dipertua Negeri. Badan ini dipimpin oleh YDPA. Memilih YDPA sebagai timbalan YDPA. Majlis Raja-raja perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu Perlantikan ketua hakim negara , dua orang hakim besar dan hakim mahkamah agung serta dua orang hakim mahkamah tinggi. Selain itu, perlantikan ketua audit negara dan akhir sekali perlantikan ahli suruhanjaya perkhidmatan awam dan suruhanjaya pilihan raya yang merupakan suruhanjaya bebas.

Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YPDA atas nasihat Perdana Menteri, Iaitu
  1. Pelantikan Ketua Audit Negara
  2. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas
b)YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)


YDPA merupakan ketua negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga komponen dalam sistem berkerajaan negara iaitu badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman. YDPA dilantik lima tahun sekali dalam dalam kalangan sembilan orang raja-raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja. Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai ketua negara dan ketua persekutuan. Perlembagaan persekutuan malaysia memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda sebagai ketua badan eksekutif. Selanjutnya menurut perkara 34 perlembagaan persekutuan malaysia.

  1. Tugas mengikut nasihat
  2. Tugas mengikut budi bicara
  3. Pemerintah tertinggi angkatan tentera
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda sebagai ketua badan eksekutif. Antara-antara perkara yang tertulis dalam Perlembagaan bersabit dengan baginda adalah :

Perkara 39 yang menyatakan YPDA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Hal ini bermakna, segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.

Perkara 40 mentafsirkan tentang kuasa eksekutif baginda

Perkara 40(1) Memperuntukkan bahawa dalam menjalankan setiap tugas eksekutif, baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seotag Menteri


•Perkara 43 memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri. Tugas YPDA dalam hal ini perlu megikut susunan, iaitu dimulakan dengan pelantikan Perdana Menteri dan diikuti oleh Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri




•Perkara 40(2)(b) memperuntukkan kuasa kpeada bagina untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubabra Parlimen



c)KABINET
Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakkan negara. Sistem ini sebenarnya diasakan di Britain. Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh golongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau Dewan perundagangan. Dalam hal ini, apabila sesebuah parti politik berjaya dalam satu satu pilihan raya, maka parti itu layak untuk memerintah negara kerana rakyat telah memberi mereka mandat untuk memerintah. Ketua parti berkenaan akan akan dipanggil oleh ketua negara dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia tediri daripada



 
-TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBN SULTAN    ABDUL HAMID HALIM      SHAH     (1957-1970)
  -TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSIEN (1970-1976)
  -TUN HUSSIEN BIN DATO’ ONN (1976-1981)
  -TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981-2003)
  -TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (2003-2009)
  -DATO’ SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (2009-KINI)


4)DEMOKRASI BERPARLIMEN


    Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.

Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini dimaksudkan rakyat melibatkan diri dalam dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat. Demokrasi Berparlimen dibentuk melalui hasil proses pilihan raya. Dalam proses ini pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.

Raja Berperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukkan dalam perlembagaan malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri. Justeru, apabila menjalankan tanggungjawabnya bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Terdapat sembilan buah negeri Melayu yang beraja seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilandan akhir sekali Johor.

Pilihan Raya adalah suatu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persukutuan ataupun negari. Secara umum, pilihan raya adalah suatu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketulusan pengundian prosedur yang kemas dan teratur. Bilangan kerusi /kawasan dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.




KESIMPULAN

Di Malaysia, sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan. Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan, namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan, malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada. Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan kerja sama Kerajaan Negeri, telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.

PENGAJARAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Selain itu, sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini. Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktiraf kedaulatan melalui sistem pilihan raya.


KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA

 Kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Malaysia telah terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur hasil sistem pemerintahan yang aman dan makmur. Kestabilan politik juga telah berjaya mengelakkan nagar Malaysia daripada anasir-anasir tidak sihat seperti pemberontakkan dan keganasan. Sistem pemilihan yang telus memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin dalam kalangan mereka.